Wednesday, February 2, 2011

tudung.. bagaimana digunakan masa kini??


tudung perempuanDah tentu korang semua tahu bahawa tudung adalah suatu benda yang wajib digunakan oleh seseorang perempuan yang beragama islam. Kenapa ia perlu dan wajib digunakan? Tudung digunakan oleh seseorang wanita islam itu kerana ia boleh menutup aurat wanita tersebut iaitu rambut daripada dilihat oleh seseorang yang bukan mahram.
Hari ini, kalau kita lihat di kebanyakan pasar malam, pelbagai jenis tudung telah dijual di sana sini. Fesyen tudung yang terkenal dan diketahui olehku pada hari ini adalah shawl.
Dahulu, ramai wanita-wanita tidak memakai tudung disebabkan mereka mengatakan bahawa seseorang yang memakai tudung itu tidak akan kelihatan comel ataupun cantik. Tetapi bagaimana pula pada hari ini?
Ramai lelaki pada hari ini sering kali tercari-cari perempuan untuk dijadikan teman hidup mereka yang memakai tudung. Katanya seseorang perempuan yang memakai tudung itu adalah seseorang perempuan yang comel dan cantik.
Pada aku, kecantikan diri seseorang itu bukanlah daripada cara pemakaian dia sahaja. Tetapi perlakuan beliau kepada orang ramai juga merupakan salah satu perkara utama untuk menilai kecantikan diri seseorang itu. Muka kalau cantik tetapi perangai macam haiwan, bagus ke?
Ada beberapa golongan wanita yang aku tidak suka sebenarnya pada hari ini. Mereka mengatakan dengan pemakaian tudung itu sebenarnya adalah untuk ikutkan fesyen terkini sahaja. Ada juga yang sanggup menggunakan tudung, tetapi rambut terlepas juga. Itukah cara sebenar pemakaian tudung?
Contoh yang boleh aku katakan pada hari ini adalah isteri perdana menteri kita. Aku lihat, kalau dia ke mana-mana acara mesti memakai tudung secara tidak langsung rambut beliau akan dinampakkan. Itukah yang boleh kita kategorikan sebagai seorang pemimpint?
Pemimpin sebenarnya memimpin seseorang itu ke arah jalan yang benar. Bukanlah memimpin seseorang itu ke arah neraka jahanam.
Ada juga yang memamakai tudung, tetapi baju dan seluar yang mereka pakai semuanya ketat-ketat. Terbonjol sana sini.Apa cerita? Takkanlah korang semua sebagai seorang perempuan, sanggup memakai pakaian yang ketat-ketat itu disebabkan mahu tunjuk bukit-bukau korang itu kepada lelaki lain? Nak berita kepada lelaki bahawa bukit korang itu besar sangat ke?
Maaf sebab terkasar bahasa. Kata Islam Hadhari. Inikah cara-cara pemakaian seseorang yang beragama islam itu? Aku bukanlah seseorang lelaki yang baik. Aku ada juga melakukan kesalahan. Tetapi, kalau perkara seperti ini sering aku lihat, salahkah aku untuk beri nasihat pada korang?

2 comments:

Farid said...
This comment has been removed by the author.
Farid said...

Mereka ni, kurang faham dengan Islam. Jadi bagaimana mahu membawa Islam? Takut tersalah faham mengenai Islam itu akan menyebabkan mereka berterusan melakukan dosa. Apa guna bangga dengan title negara Islam, tapi diri sendiri tidak ikut perkara yang Islam gariskan. Bagaimana ye? apa pandangan saudara? apakah yang perlu dilakukan? Terima kasih. :)

shoei's choice


I made this widget at MyFlashFetish.com.

nuffnang ads

klik ler.. dapat hadiah taw..